Ads 468x60px

KOPERASI IKATAN PERPADUAN NEGERI SEMBILAN BERHAD

Soalan Lazim

1. APAKAH NAMA KOPERASI INI?
Nama koperasi ini ialah Koperasi Ikatan Perpaduan Negeri Sembilan Berhad

2. BILAKAH KOPERASI INI DITUBUHKAN?
Koperasi ini ditubuhkan pada 27 September 2012.

3. APAKAH NO. SIJIL PENDAFTARAN KOPERASI INI?
No sijil pendaftaran Koperasi Ikatan Perpaduan Negeri Sembilan Berhad ialah N-4-0528

4. ADAKAH KOPERASI INI KOPERASI KREDIT ATAU KOPERSI PENGGUNA?
Ini adalah Koperasi Pengguna

5. APAKAH SYARAT UNTUK MENJADI AHLI KOPERASI INI?
Keahlian koperasi ini adalah terbuka kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta kenalan ahli keluarga.

6. ADAKAH DIKENAKAN SEBARANG YURAN BULANAN ATAU TAHUNAN?
Ya, yuran seumur hidup dikenakan semasa pendaftaran iaitu sebanyak RM20.

7. BERAPAKAH JUMLAH SAHAM PELABURAN MINIMUM DALAM KOPERASI INI?

Pelaburan minimum dalam koperasi ini ialah sebanyak RM1,000. Bagaimanapun setiap ahli diberi kelonggaran ntuk membayar saham minimum RM1,000 itu secara ansuran sebanyak RM50 selama 20 bulan.

8. APAKAH SESEORANG AHLI KOPERASI INI DIBENARKAN MENAMBAH SAHAM PELABURAN?
Ya, setiap ahli koperasi dibenarkan menambah saham pelaburannya.

9. BERAPAKAH JUMLAH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI INI?
Jumlah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ini adalah seramai 12 orang

10. APAKAH FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI KOPERASI INI?
Antara faaedah-faedahnya ialah:

1. Boleh membuat tabungan/simpanan
2. Boleh membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
3. Simpanan ahli-ahli akan dikumpulkan dan dijadikan modal terkumpul untuk koperasi ini menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi dan perniagaan.
4. Sekiranya koperasi mendapat keuntungan besar, ahli akan dibayar dividen.
5. Ahli boleh mengambil bahagian dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi ini.

11. APAKAH PROJEK-PROJEK YANG DIRANCANG OLEH KOPERASI INI?
Projek pertama yang dirancang adalah projek perniagaan dengan membuka restoran. Koperasi juga merancang membuat pelaburan seperti membeli atau membina wisma koperasi dan rumah kedai. Semua kegiatan ekonomi itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi dari semasa ke semasa.

12. BAGAIMANA MAHU MENGIKUTI PERKEMBANGAN KOPERASI?

Segala maklumat akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu, ahli koperasi boleh mendapatkan maklumat di blogspot http://koperasiperpaduan.blogspot.com.

13. BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI KOPERASI INI?

Bagi sesiapa yang berminat untuk menadi ahli koperasi ini boleh muat turun borang yang disediakan dalam ruangan borang ahli. Borang ahli itu hendaklah diisi dan dihantar kepada Setiausaha Koperasi di alamat NO 3961, KAMPUNG ABDULLAH, MANTIN, 71700 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS dengan menyertakan yuran pendaftaran (hangus) sebanyak RM20 menggunakan kiriman wang ataupun cek atas nama KOPERASI IKATAN PERPADUAN NEGERI SEMBILAN BERHAD.

14. APAKAH TINDAKAN / PERANAN SETIAP AHLI SELEPASMENDAFTAR MENJADI AHLI?
Selepas mendaftar menjadi ahli, setiap ahli perlu memberi komitmen untuk membayar saham sebanyak minimum RM1,000 secara tunai atau secara ansuran sebanyak RM50 selama 20 bulan dan memberi sokongan kepada semua kegiatan yang dijalankan oleh koperasi. Ini bertujuan untuk memastikan koperasi dapat mencapai matlamatnya dan seterusnya mencatat kejayaan yang akan memberi manfaat kepada ahli.